Tuesday, December 17, 2013

Sijil Halal Shaklee daripada Islamic Services of America - Update 2013


Produk-produk Shaklee yang tersenarai di bawah telah disahkan halal oleh Islamic Services of America. 

Alhamdulillah, kini saya lebih yakin dengan Shaklee.

Alfalfa Complex
B-Complex Dietary Supplement
CarotoMax
Chewable Vita-C
Cinch Shake Mix Chocolate
Cinch Shake Mix Vanilla
Cinch Shake Mix Cafe Latte
Cinch Energy Tea Mix
Energizing Soy Protein Natural Vanilla Flavour
DTX Complex
Garlic Complex
GLA Complex
Herb-Lax
Lecithin
Meal Shake Vanilla
Nutriferon
OmegaGuard
OsteoMatrix
Performance Natural Orange Flavor
Stomach Soothing Complex
Sustained Release Vita-C
Vita-E Complex
Vita-Lea
Vita-Lea for Children
VIVIX
Zinc Complex Dietary Supplement

Friday, December 13, 2013

Omega Guard Untuk Kulit Yang Cantik

 

Merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia. 

• Mengandungi satu rangkaian lengakap 7 asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, 
  ALA dll. 
• EPA berfungsi menyihatkan jantung dan sendi, 
• DHA penting untuk perkembangan dan fungsi-fungsi otak.
• OmegaGuard dihasilkan melalui satu proses penyulingan prorietari tiga molekul
  yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi 
  sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum 
  yang terdapat pada kebanyakkan jenis ikan.

 
 
Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
 
1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair 
    sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik. 
3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari 
    ketumpatan minyak hati ikan.
4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-
    satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 
    semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.
6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal 
    berteknologi terkini
7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask 
    omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, 
    merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.
 
 

Healing Crisis

 
 
Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 
 
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
 
 
 
Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 
 
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
 
Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 
 
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
 
Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 
 
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
 
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
 
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
 
 
 
Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
 
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
 
  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi
 
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
 
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab


Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi
imunisasi badan
Cirit-birit, meningkatkan pergerakan
usus, najis berbau, air kencing berbau Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
Penghasilan lendir seperti selsema,
kahak Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang / penyakit buasir
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

 
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Sustained Release Vita-CTM 500 mg

MULAKAN DENGAN HOT PRODUK INI SEKARANG!!

CEPAT2..vita C pujaan ramai ni telah kembali..stok sangat TERHAD...
Jika anda nak boost sale atau nak bejinak-jinak memulakan sale VITAMIN C adalah produk terbaik!!!


Place ur order now....


Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.  Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh.  Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan

Tuesday, February 19, 2013

Kehebatan Produk Joint Health Shaklee


Hi..harini dgn bangganyer nak update testimoni suami saya sendiri yang baru je seminggu mengambil supplement Advanced Joint Health Tablet......

Seorang pemain golf yg tegar, boleh dikatakan seminggu 2-3 kali beliau akan bermain golf. Hampir 10thn bermain, kesakitan baru dirasai kira-kira 2 thn lepas...suami saya mengalami sakit2 sendi terutama di bahagian tangan kanannya..Sejak mula sakit2, aktiviti ke padang golf pun berkurangan kerana terlalu sakit. Ia membataskan segala pergerakan beliau. Pelbagai jenis ubat telah dicuba, tetapi tidak juga sembuh, sehingga beliau kerap berjumpa dengan pakar tulang di Hospital Az Zahrah untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Dr hanya memberikan ubat tahan sakit untuk melegakan kesakitan beliau.

bukan gambar sebenar...credit to pakcik Google.com



Nak dijadikan cerita, semasa berkunjung ke rumah MIL, stok Advanced Joint Health banyak dibekalkan oleh Nadia (mommiesmate.com), lalu saya pun mengambil keputusan untuk beri suami mencuba. Mengikut testimoni MIL dan FIL, mereka yg selalu sakit2 lutut juga kembali sembuh bila mengamalkan Advanced Joint Health ni...hmmmmmmm apa nak pikir lagi kan...? MIL dan FIL dah membuktikan yang Advanced Joint Health ni berkesan, apa salahnya kita mencuba.....Alhamdullillah dengan izin Allah SWT juga, kesakitan yang dialami suami saya telah mula hilang. Skrg beliau tidak perlu lg makan pil tahan sakit yg dibekalkan oleh Dr. :)....Nampak gaya lepas ni semakin ligat ler dia kat padang golf semula ye.....boleh kalahkan Tigerwood.....

Dan skrg suami telah mula berkongsi rahsia kehebatan Advanced Joint Health ni kepada rakan2 golfers yg mengalami masalah yg hampir serupa. Mudah-mudahan dengan izin Allah SWT juga, rakan2 golfers yg lain akan mengalami perubahan yang sama sepertinya, insyaAllah......


Mari kita lihat apa keistimewaannya.................

Advanced Joint Health Tablet


Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%..


Bagaimana ia berkesan?
Advanced Joint Health Tablet

Advanced Joint health Tablet memberikan manfaat kepada sendi-sendi sihat dalam 3 cara.
 
1) Pertama : Bertindak sebagai kusyen
- Ekstrak jagung :
  • Membantu mengekalkan tulang rawan.
  • Ekstrak jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan.
  • Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi.
  • Banyak kajian menunjukan supplement ekstrak jagung dapat menggalakan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksible. dan kajian mengesyorkan yang supplement ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa yang panjang.

2) -Kedua : Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C merupakan nutrien terpenting dalam kesihatan sendi. ini kerana zink, tembaga, mangan dan vitamin C membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberi kekuatan dan struktur terhadap sendi.

3) Ketiga : Menyokong keselesaan sendi
 
-Ekstrak Boswellia :
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
  • Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. ia menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.


hadiahkan buat yang tersayang....!!Memang berbaloi...
 
 
bagi yang berminat dan ingin mengetahui kehebatan produk Advanced Joint Health Tablet ini, boleh hubungi saya di 0196460670 (whatsapp/msg/fb pun boleh juga.....)




Sunday, February 17, 2013

Set Slimming Shaklee untuk BF Mom


Set Slimming Shaklee yang selamat, berkesan dan sesuai untuk ibu2 yang menyusukan anak. Set Slimming Shaklee merupakan kegemaran dan pilihan ramai pengguna di Malaysia kerana kelebihannya bukan sahaja dapat membakar lemak, mengempiskan perut tetapi juga membantu kulit menjadi lebih sihat, anjal dan bebas strechmark.....
Set Slimming Shaklee untuk yang menyusukan anak
Bagi wanita BONUS untuk anda....payudara yang menggelebeh, kendur dan jatuh menjadi semakin tegang dan menarik.


Sebelum memilih produk slimming kriteria yang saya tetapkan mestilah:
 
1) tidak menggangu penyusuan
2) tidak mengandungi side effect terutama kepada bayi (bayi saya pramatang & fragile)
3) mesti bermanafaat untuk saya dan bayi
4) berkesan dan menurunkan berat dengan selamat
5) tak perlu berlapar/ berdiet sehingga kualiti susu terjejas
6) bukan sahaja fokus pada menurunkan berat badan tetapi juga bentuk badan yang ideal
7) dapat menganjalkan bahagian badan yang menggeleber perut, paha, payudara & lengan





Slim basic merupakan Set Slimming yang menggabungkan Lecithin sebagai pembakar lemak (fat emulsier) dan Herbalax sebagai detox untuk mengangkat lemak yang telah dibakar keluar daripada badan. Soya lecithin merupakan sumber utama kolina. Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembunt menyumbang 530mg Lecithin.

Asid lemak omega 3 atau asid lemak politaktepu dijumpai dalam minyak ikan dianggap penting untuk diet anda kerana tubuh tidak dapat menghasilkannya. Shaklee Omega Guard merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA

Omega sangat membantu membakar lemak, mengempiskan perut dan menghilangkan radang otot dan sendi. Omega juga memberikan kelegaan bagi ibu2 selepas bersalin yang mengalami kelenguhan, lemah kaki dan tangan serta masalah kebas semasa memijak lantai sebaik bangun tidur. Membantu memberikan nutrien kepada bayi yang menyusu dalam pembentukan otak yang cerdas dan lebih bijak kerana khasiat DHA dan EPA dalam setiap kapsul Omega Guard.


  • Tambahan ESP dalam Set Slimming sememangnya menimbulkan hasil yang menujakan kerana :
  • membantu melengkapkan keperluan protein dalam tubuh kita
  • Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein terbaik
  • ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting
  • ESP juga adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol
  • menganjalkan kulit dan payudara
  • membantu menghasilkan susu ibu lebih pekat dan berkrim kesannya bayi akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • mencantikkan kulit, halus, gebu dan berseri
  • memperbaiki struktur kulit
  • cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
  • menyingkirkan tenaga berja2 lamanya, kurang letih
  • penting untuk pertumbuhan kuku dan rambut yang sihat
  • bagi ibu menyusu, ESP membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
  • kunci melawan penyakit

 Bagi yang mempunyai masalah kewanitaan seperti keputihan, 'kering' ketika bersama dan masalah lain, Set Slimming Shaklee ini adalah yang terbaik untuk anda kerana Alfalfa bertindak membaik pulih kesihatan dalaman wanita, sebagai perapat, mengilangkan keputihan dan melancarkan haid. Ia juga bertindak sebagai kacip fatimah yang membantu merapatkan serta menghangatkan kembali hubungan suami isteri seperti malam pertama.....heheheheee tidak percaya cubalah....!!!


Mari kita lihat testimoni :



 credit : mommiesmate.com





Set Slimming Shaklee

Set Slimming Shaklee
Cinch™ Shake Mix
Campuran Proprietari Protein dengan Leusina
• Bebas Laktos
• Rendah glisemik
• Soya Bukan-GMO
Cinch™ Shakes sangat enak dan merupakan cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu dan memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
Diperkaya dengan Leucine™ bagi mengekalkan otot semasa
anda menurunkan berat badan.
Kaya dengan protein bagi membantu anda rasa kenyang
dan puas.
Tinggi serat dengan enam gram bagi setiap hidangan.
Perisa2 yang menarik :
- 20339 (Cafe Latte)
- 20340 (Vanilla)
-20341 (Chocolate)



cinch

Cinch™ Energy Tea Mix

Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman.

• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

Jom kita lihat Testimoni :
 
credit : mommiesmate.com
 



 

10 Tips Mudah Berdiet


Anda rasa terlalu sukar untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
 
Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:

1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.

Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.

Selamat mencuba! ;)


 

Saturday, February 16, 2013

Tips Kecantikan


 
Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.
 
Berikut merupakan 5 perkara berguna yang patut diambil berat dari usia muda belia:

1) Senaman membina peribadi positif - Bersenam akan meningkatkan hormon endorfin yang membantu anda mengurangkan tekanan. Dengan bersenam, risiko untuk mendapat penyakit kronik juga akan berkurangan. Di samping itu, bersenam akan membantu pengaliran darah yang lebih lancar ke permukaan kulit yang menyebabkan kulit mendapat oksigen secukupnya. Hasilnya, kulit lebih cantik dan berseri-seri. Bonus yang lain, berat badan ideal akan dikecapi sepanjang hayat.

2) Merokok menambah usia wajah anda – Tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru-paru anda, malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur. Setiap kali anda menghisap sebatang rokok, bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kapilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda.

3) Makanan berlemak akan menghantui anda di usia tua – Walaupun berat badan anda tidak bertambah sepanjang anda menikmati makanan berlemak, kesannya akan lebih ketara apabila usia anda meningkat. Ini kerana lemak tepu yang biasanya melekat pada salur darah akan meningkat dengan meningkatnya usia anda. Penyelidikan telah membuktikan lebih 90% penyakit jantung dapat dielakkan jika anda mengamalkan pemakanan sihat sejak dari usia muda.

4) Perkembangan tulang wanita akan berhenti pada usia 35 tahun – Siapa kata hanya kanak-kanak sahaja yang memerlukan susu untuk tulang yang sihat dan kuat. Sebagai wanita, penjagaan tulang anda sama penting dengan penjagaan wajah. Pengambilan harian kalsium dan vitamin D di usia 20-an dan 30-an sangat penting untuk mengelakkan keretakan tulang akibat tulang reput. Jika susah untuk anda komited pada pengambilan susu setiap hari, multivitamin dengan kandungan kandungan kalsium dan vitamin D juga memadai. Amalkan juga senaman seperti joging untuk menguatkan tulang.

5) Sayangi diri anda lebih dari orang lain – Sebagai isteri dan ibu yang berkarier, saya sering meletakkan keperluan suami dan anak sebagai perkara utama. Situasi ini tidak salah, tetapi keperluan peribadi juga sangat penting untuk kesihatan anda. Keperluan peribadi yang dimaksudkan adalah seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan masa untuk melakukan hobi anda. Ketiga-tiga perkara ini akan mengelakkan stres dalam hidup anda sehari-hari. Jangan cuba untuk menjadi “superwoman” yang boleh melakukan semua perkara. Belajar untuk katakan TIDAK pada perkara-perkara remeh yang boleh mencuri masa santai anda. Sokongan dan bantuan suami amat penting untuk anda merealitikan masa berkualiti untuk diri sendiri.
 

Set Resdung Shaklee

Anda mengalami masalah2 seperti berikut??
  • Bersin setiap pagi
  • Gatal telinga & tekak
  • Mengalir cecair putih setiap masa
  • Batuk berkahak
  • Nafas berbau
  • Gatal hidung & mata
  • Sakit kepala
  • Sakit gusi
 
 
Dengan pengambilan Vitamin Shaklee secara konsisten, ia mampu merawat penyakit resdung yang kronik tanpa perlu membuat rawatan resdung.
 



1. Shaklee Vitamin C Sustained Release 500 mg
  • antioksidan
  • memperbaiki sel-sel rosak
  • meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan (imune sistem)


2. Shaklee B complex
  • sebagai agen penenang dan penstabil hormon.
  • Mengandungi B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari menganggu ruang pernafasan)
  • membantu pengeluaran antibodi badan
  • membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh

3. Shaklee Alfalfa (terkandung Vitamin A & E)
  • mengurangkan keradangan sakit (resdung)
  •  Ia kaya dengan sumber klorofil
  • membantu mengurangkan keradangan terutamanya akibat aczema, resdung (sinus), alergi.

(Alfalfa tidak boleh diambil oleh mereka yang menghidap SLE iaitu penyakit antibodi berlebihan dalam badan)



Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini :
SMS/Whatsapp : 0196460670 (Aida Zain)



 

Set Bersalin Shaklee



1) Vitamin B Complex (folik asid)
  • bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan dikalangan ibu berpantang
  • berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga.
  • Memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan


2) Vitalea / Multivitamin (zat besi)
  • membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolihi sewaktu berpantang keranan kebanyakan makanan perlu dielakkan semasa berpantang
  • zat besi pula diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran.


3) Kalsium Ostematrix
  • bagi ibu2 selepas bersalin satu kenikmatan amat sangat sekiranya sakit belakang, kelenguhan akibat kesan epidural serta masalah sembelit dapat dikurangkan
  • sangat membantu menangani masalah
  • ia juga bertindak sebagai milk booster tambahan semasa dalam tempoh berpantang.


4) Zinc Complex
  • sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman
  • Makanan yang kaya dengan zinc ialah ikan haruan, agak sukar untuk memasak setiap hari, dan harga sangat mahal, apa kata kita bertukar kepada zinc
  • membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin
  • pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum
Set Bersalin Shaklee
Trial Set utk 40 hari dan Full Pack tahan sehingga 4 bulan


Dan jika anda bercadang untuk membuat stok susu di dalam waktu cuti bersalin, kami galakkan anda untuk mengambil ESP yang mejadi pilihan ramai...!!


5) Energising Soy Protein (ESP)
  • sebagai tambahan untuk ibu2 yang bekerja yang menyusukan anak secara eksklusif, anda boleh mengambil ESP.
  • ESP merupakan protein soya berkualiti tinggi yang bukan sahaja mempercepatkan penghasilan susu, namun bermanfaat juga untuk mencantikkan kulit menjadi lebih gebu dan halus, menganjalkan kembali payudara yang kendur dan mengatasi masalah kulit seperti eczema, jeragat, jerawat dan parut campak.


Set Bersalin Shaklee sesuai bagi ibu2 yang bersalin secara normal, cesarean, pramatang dan jaundice serta sangat dicadangkan kepada ibu2 yang ingin menyusukan bayi.....



Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini :
SMS/Whatsapp : 0196460670 (Aida Zain)


Rahsia Anak Bijak Dengan Susu Ibu

Rahsia Anak Bijak Dengan Susu Ibu

Tahukah anda kajian mendapati bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya lebih bijak apabila mereka meningkat dewasa. Kanak-kanak tersebut didapati memiliki tahap IQ yang lebih tinggi iaitu antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding dengan bayi yang meminum susu formula. Angka tersebut mewakili secara keseluruhan pada beratus orang kanak-kanak dan bukannya pada individu. Oleh itu, jika anak ingin mencapai tahap kepintaran yang tinggi untuk anak-anak, mudah sahaja kerana anda perlu menyusukan bayi secara eksklusif tanpa mengeluarkan kos yang mahal.

Kajian juga mendapati kanak-kanak yang menyusu susu ibu memperolehi gred yang baik semasa zaman persekolahan mereka. Selain itu, kelebihan yang diperolehi daripada susu ibu semakin meningkat bergantung kepada berapa lama bayi disusukan. Sebenarnya, daripada penyelidikan yang dilakukan mereka menemui beberapa khasiat yang ada dalam susu ibu membantu pertumbuhan otak yang lebih baik.


Smarter fats


Kandungan utama dalam susu ibu membantu mengembangkan lemak pada otak iaitu DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3. DHA adalah zat makanan paling penting untuk pertumbuhan, perkembangan dan penyelenggaraan tisu otak. Analisis autopsi tisu otak daripada bayi yang meminum susu ibu dan susu formula menunjukkan bayi minum susu ibu memiliki otak yang tinggi DHAnya. Selain itu, bayi yang lebih lama minum susu ibu bermakna lebih tinggi tahap DHAnya.

Nutrisi


Untuk memastikan bayi mendapat cukup khasiat untuk perkembangan otak, oleh itu adalah penting bagi ibu yang menyusukan anak memperoleh DHA yang cukup dalam diet mereka. Sumber yang kaya dengan DHA adalah ikan (terutamanya salmon dan tuna). Peningkatan DHA memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan ibu juga.


Kolestrol


Lemak lain yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal adalah kolestrol. Susu ibu mengandungi banyak kolestrol sementara susu formula pula didapati tiada kandungan kolestrol yang diperlukan. ‘Rendah kolestrol’ mungkin berita baik untuk diet orang dewasa tetapi bagi bayi, kolestrol diperlukan sebagai komponen asas untuk menghasilkan saraf tisu dalam pertumbuhan otak.
DHA, kolestrol dan lain-lain lemak dalam susu ibu menyediakan bahan untuk menghasilkan myelin iaitu sarung lemak yang mengelilingi saraf fiber. Myelin berfungsi sebagai bahan penebat, memudahkan saraf membawa maklumat daripada sebahagian daripada otak atau badan kepada bahagian lain. Oleh itu, pentingnya lemak-lemak membina otak. Sekiranya diet ibu tidak menyediakan jumlah lemak-lemak tersebut dalam susunya, payudara dapat menyediakannya serta-merta.


Smarter sugars

Laktosa adalah gula utama dalam susu ibu. Tubuh badan manusia memecahkan ia kepada dua jenis gula ringkas iaitu glukosa dan galaktosa. Galaktosa adalah zat makanan yang bernilai untuk perkembangan tisu otak. Ahli antropologi telah menunjukkan spesis mamalia yang bijak adalah mereka yang mempunyai jumlah laktosa dalam susu mereka. Susu manusia mengandungi konsentrasi laktosa yang tertinggi dalam kategori susu mamalia. Susu lembu dan sesetengah susu formula (susu lembu) mengandungi laktosa tetapi tidak sebanyak susu manusia. Susu soya dan lain-lain susu formula yang bebas laktosa langsung tidak mengandungi laktosa dan hanya gula biasa dan sirap jagung.


Perhubungan bijak


Ketika dua tahun pertama kehidupan bayi, otak membesar dengan pantas dan pengalaman harian bayi membantu menajamkan perkembangan otaknya. Sel otak yang dipanggil neuron, berganda dan berhubung di antara satu sama lain sehingga litaran otak menyamai wayar elektrik yang berselirat. Setiap kali bayi berinteraksi dengan persekitaran, otaknya akan membuat perhubungan baru. Oleh kerana susu ibu dihadamkan dengan pantas, maka bayi yang minum susu ibu dengan kerap akan lebih kerap berinteraksi dengan ibunya.

Penyusuan susu ibu sendiri membentuk perhubungan kulit ke kulit, aliran susu yang kepelbagaian dan hubungan rapat antara ibu dan bayi adalah lebih menarik. Ia merupakan pengalaman yang lebih interaktif berbanding bayi yang menyusu botol. Ini adalah cara semula jadi untuk memastikan bayi mendapat stimulasi yang diperlukan untuk perkembangan otak yang optimal.

Para ibu bapa perlu mengetahui bahawa tiada makanan yang diperkayakan dengan DHA dan ARA sebaik yang terdapat dalam susu ibu. Malahan banyak pembuat susu formula berusaha untuk menghasilkan susu yang mengandungi DHA dan ARA seperti mana zat makanan istimewa yang terdapat dalam susu ibu.
Jadi, mengapa anda bersusah payah membeli susu yang mahal jika anda berkemampuan menyusukan sendiri bayi anda tanpa perlu membayar dengan wang ringgit. Tambahan pula selain memiliki khasiat penting berikut, susu ibu turut mengandungi kelebihan yang lain.

Selain dari itu, kajian dalam The Journal of the American Medical Association, The Association Between Duration of Breastfeeding and Adult Intelligence, menunjukkan peningkatan IQ antara bayi yang menyusu kurang dari sebulan dan bayi yang menyusu sekurang-kurangnya 7-9 bulan. Ini adalah perbezaan yang penting. Malahan setakat ini tiada kajian yang dapat menunjukkan kelebihan yang sama pada makanan tambahan yang dicipta mengandungi DHA dan ARA.



Bagi penganut agama Islam tentunya telah sedia maklum seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran tentang fadhilat seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu badan sekurang-kurangnya sehingga anak berusia dua tahun.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda.


 

credit : www.mamacergas.com



 Jom berikan susu ibu untuk bayi anda!

Jika anda berminat nak mendapatkan vitamin yang kaya dengan DHA, anda boleh mencuba Omega Guard Shaklee