Anda rasa terlalu sukar
untuk berdiet? Anda sering berhenti di tengah jalan dalam berdiet?
Berikut beberapa cara mudah
untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat
sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai
kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi
selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan
dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan
seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.
2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.
Letakkan target-target yang
anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak
seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin.
Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis
target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau
‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda
itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.
3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.
Jika anda menulis jurnal
makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil
dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah
menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda
ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan
cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.
4. Minum air kosong secukupnya.
Mereka yang minum air
kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang
kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah
kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.
5. Ambil sarapan setiap hari.
Pengambilan sarapan dapat
membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada
kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah
makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti
oat.
6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.
Ada orang yang betul-betul
menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan
tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu,
anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan
kuantiti dan kalori snek tersebut.
7. Makan malam dengan tenang.
Elakkan makan dengan cepat
semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan
tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan
anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.
8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.
Jangan makan sambil
menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar.
Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti
makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan
komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.
9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.
Apabila anda inginkan
makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori
seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga
dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh
mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.
10. Lakukan sehari satu push-up.
Untuk mendapatkan badan
yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap
hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai
rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up
dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat
perubahan pada badan anda.
Selamat mencuba! ;)
No comments:
Post a Comment