Friday, February 15, 2013

Teknik Terbaik Memerah Susu

Harus diingatkan, bagi ibu yang bekerja, waktu terbaik untuk mula mengumpul stok susu adalah 2 minggu selepas melahirkan bayi. Jangan bersedih hati sekiranya hasil susu yang dipam sedikit saja, sebaliknya teruskan mengepam dengan mematuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 – 5 ptg). Susu yang dipam pada waktu yang berbeza boleh dicampuri tetapi perlu disejukkan terlebih dahulu. Sebagai contoh hasil susu yang dipam pada 15 haribulan dan 16 haribulan bolh campur selepas beberapa jam diletakkan di bahagian sejuk peti. Barulah susu yang dicampur tadi diletakkan di tempak sejuk beku.

Beberapa teknik pengepaman susu.

Memerah dengan tangan


Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
  • Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah.
  • Sediakan bekas yang bersih dan steril
  • Lakukan pemerahan ditempat yang bersih, tenang dan selesa.
  • Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau letdown reflex).
  • Melihat gamba bayi jugak boleh membantu menghasilkan refleks.
  • Tuam panas payudara juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu – buat pegangan pada payudara, letakkan ibu jari disebelah atas payudara berdekatan aerola manakala jari telunjuk dibahagian bawah (utara dan selatan).
  • Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
  • Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
  • Teruskan memicit sehingga susu keluar.
  • Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
  • Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
  • Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
  • Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
  • Tukar ke payudara yang satu lagi.
  • Urut kedua-dua payudara dam mulakan sekali lagi.
  • Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir.
  • Setelah selesai memerah, sapukan beberapa tittik susu ke atas puting susu dan keringkan puting payudara.

Memerah dengan menggunakan pam


  • Baca panduan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya.
  • Basuh dengan bersih dan sterilkn peralatan mengepam.
  • Basuh tangan dengan bersih.
  • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
  • Rangsang putting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
  • Posisi kan putting payudara ke dalam corong breast shield.
  • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik).
  • Boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
  • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir.
  • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).

Panduan-panduan lain.

  1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan.
  2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
  3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding dengan memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
  4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
  5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction).
  6. Patuhi rutin mengepam setia hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8pg – 5 ptg).
  7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu.
  8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara satu lagi.

No comments:

Post a Comment